About Me

My Photo
my life
Name:Dygku Nur Ermanizza Bte Awg Kamil Date birth:20.071995 Place of birth: sibu Status:In an Open Relationship with Awang Afiq Nationality:Malaysian school:T:1-2 SMK TIONG HIN,T:3-5SMK TUN ABG HAJI OPENG..<3 :D
View my complete profile

Layan!

Followers

Ermanizza kamil

Ermanizza kamil

photographer

photographer

ngegeh jap jk

ngegeh jap jk

me..:)

me..:)

wiwittt

wiwittt

mena sekali!

mena sekali!

iloveyoubie

iloveyoubie

senyum :)

senyum :)
>
JANGAN CUBA NAK CURI SAYA PUNYA,KALAU KAMU FOLLOW BOLEH LAH... HAHAHA.. ^__^

My lovve

My lovve

syg nya aie..!

syg nya aie..!

menaliarrhhh

menaliarrhhh

boring!

boring!
Dygku Nur Ermanizza Bte Awg Kamil. Powered by Blogger.
Thursday, December 27, 2012
Bismillah menjadi saksi
 Lafaz ku ucap cinta bersemi
 Air mata berlagu seri 
 Berdirilah bersama ku
 Kita berlari bias rona indah sang pelangi
 Di awan yang membiru 
Menyanyilah riang bersama ku 
Kita alunkan melodi cinta
 Antara kau dan aku 
 Teguhlah bersama ku
 Saat aku lemah
 Dan bisa bersama tentang duka dan lara
 Di sini lah di sisi ku senantiasa 
Kita merungkai rahsia Di balik tabir cinta


~Awang Mohd Afiq .b. Awang Zol Kapali ~
Monday, December 10, 2012

PostHeaderIcon sibuuuuuu!

Assalamulaikum 2/12/2012,Perginya kmk dengan keluarga,sehingga 9/12/2012,best ngan best,p boring juak xada molh papa,kan kmk selalu kemas umah,dah biasa bha. mm. Yan beri duit,dah abis sekejap jk,sehari dh xada duit lagi,huhuhu. Boring la,mok jln2 pun xada duit lagi,hilang mood mok jln.. mls nk mdh btw kat sibu tok dah berubah,jadi kck n bandar2 nya besar2 jak. suka2. Time kmk n family tengok umah lama,rasa rindu la pulahhh,sibu tok la banyak kenangan sibu tempat lahir kmk juak bha,okey la tok jk pat kmk mdh,byk gilak kelak,mls juak nk baca. hihiih. Mdh li arhh... I miss sibu

SIBU,SARAWAK

jiran di sibu (kawan dari kecil)






 RH HOTEL






Sunday, December 2, 2012

PostHeaderIcon go to sibu!

Hari tok saya pergi sibu,xsabar mok g sibu,bercuti ngn family kat sibu...yeeaaaa...
yesssssssssssssssssssssssss...sibu tggu kmk okey,kmk datang!


Saturday, December 1, 2012

PostHeaderIcon Sabar Ini Indah!

1. Sabar diletakkan sebelum Solat di dalam firman Allah SWT: "Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat" (Al-Baqarah 2:40)
 2. Sabar disebut di dalam Al-Quran lebih dari 70 kali. Antaranya: "Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya" (Ali Imran 3: 200)
 3. Sumber kesabaran adalah Iman dan Taufiq daripada Allah. Ia tidak mungkin hanya bergantung kepada azam dan semangat semata-mata. Firman Allah: "Dan bersabarlah kamu, bahawasanya kesabaran kamu itu tidak mungkin melainkan dengan Allah." (An-Nahl 16: 127) 
 4. Sabar juga menjadi nasihat utama yang diberikan oleh Luqman Al-Hakim kepada anaknya ketika menyebut tentang kewajipan solat serta mengerjakan al-amr bil ma'ruf wa an-nahy 'an al-munkar. Firman Allah: "Dan bersabarlah kamu terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya ia merupakan perkara yang memerlukan keazaman (yang kuat)" (Luqman 31: 17) 
 5. Allah juga memberikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Firmannya: "Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka berkata 'Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kita kembali'. Mereka itulah yang (Allah berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk." (Al-Baqarah 2: 155-157)
 6. Mereka yang kehilangan sesuatu kerana sabar, dijanjikan Allah dengan gantian yang lebih baik bahkan terbaik. "Dan Kami pasti memberikan ganjaran kepada mereka yang bersabar, dengan ganjaran yang terbaik di atas apa yang mereka lakukan" (An-Nahl 16: 96) 
 7. Perbuatan-perbuatan baik yang lain, Allah janjikan balasan tertentu untuknya. Akan tetapi, ganjaran sabar tidak Allah tentukan bahkan kepada kadar yang tidak mungkin dapat dihitung. "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar bakal beroleh ganjaran mereka dengan keadaan yang tidak dapat dihitung
." (Az-Zumar 39: 10) 
 8. Rasulullah SAW menyifatkan sabar sebagai Dhay� iaitu sumber cahaya. Ertinya, sabar itu adalah sumber kepada kebaikan-kebaikan yang lain.
 9. Kerana sifat sabar, Allah SWT menjadikan segala urusan orang-orang yang beriman itu baik. Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Muslim)
 10. Sesungguhnya bala bencana yang ditimpakan Allah ke atas seorang mukmin adalah tanda bahawa Allah menginginkan kebaikan untuknya. Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Al-Bukhari) "Sesungguhnya besar ganjaran adalah dengan besarnya ujian. Sesungguhnya Allah jika Dia mengasihi sesuatu kaum, nescaya mereka akan diuji dengan ujian. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan Allah. Barangsiapa yang tidak bersabar, nescaya Allah juga tidak akan bersabar dengan mereka!" (At-Tirmizi & Ibn Majah)
 11. Sebahagian daripada sahabat Nabi RA pernah menyebut "Sesungguhnya kami tidak menganggap iman seorang lelaki itu sebagai iman yang sebenar jika beliau tidak bersabar apabila ditimpa ujian."
 12. Sabar mestilah ditangani dengan perasaan tenteram tidak 'melatah' dengan ujian yang datang. Lihat contoh kisah Ibu Musa AS semasa anaknya yang dihanyutkan itu, ditemui di dalam istana Firaun. Firman Allah SWT: "Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong (dari sebarang ingatan kerana mengenangkan anaknya). Sesungguhnya nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah ia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah)." (Al-Qasas 28: 10)
 13. Sifat sabar adalah sifat yang menjadikan Para Rasul yang Ulul-Azm berbeza martabatnya di sisi Allah berbanding dengan Nabi-nabi dan Rasul yang lain. Mereka adalah Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad SAW.
 14. Sabar terbahagi kepada : Sabar di dalam mengerjakan ibadat Sabar di dalam meninggalkan maksiat Sabar di dalam menikmati pemberian Sabar di dalam menghadapi musibah 
 15. Kesimpulan: Sabar adalah sifat utama orang mukmin. Ia punca kepada kebaikan yang lain. Sabar tidak terhasil melainkan dengan latihan dan ketekunan. Semoga Allah mengurniakan kesabaran kepada kita, Ameen. ======================================================================== Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang yang memulakan salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur" (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib) 
Wassalam

Header image is a painting by ©Audrey Kawasaki.